weLcOm tO mY oWnEr bLoG .. i want to share for u something about formula mathematic and science .. i hope u happy ! . . jgan lupe follow bila sudah usha saia punya blog .. thanks .. ! ^_^

Khamis, 26 April 2012

science : sebatian karbon


sebatian karbon

maksud  :  sebatian yang mengandungi unsur karbon

{  sebatian karbon organik  }

%  berasal daripada benda hidup 
%  terbakar dalam udara dan menghasilkan 
gas karbon dioksida 
%  saiz molekul besar 
%  larut dalam pelarut organik 
%  cth : karbohidrat ,protein ,vitamin , sutera, petrol


{  sebatian karbon tak organik  }

%  berasal daripada benda bukan hidup 
%  tidak terbakar dalam udara 
%  saiz molekul kecil 
%  tidak terlarut dalam pelarut organik 
%  cth : karbon monoksida ,kalsium karbonat 



Hidrokarbon 
> maksud : sebatian karbon yang hanya mengandungi  unsur 
karbon dan hidrogen

sumber 

petroleum =  daripada tumbuhan dan haiwan laut yang tertimbun 
didasar laut berjuta-juta tahun dahulu .

gas asli =  terperangkap antara petroleum dan batuan tidak telap 
dalam tanah 

arangbatu =  daripada tumbuhan dikawasan paya yang tertimbun 
dibawah  tanah berjuta-juta tahun dahulu 




alCOHol
* sebatian yang mengandungi unsur karbon (C) , hidrogen (H) , oksigen (O)
*   mengandungi  kumpulan  hidroksil  
*   nama ahli berakhir dengan -ol
*  cth :  methanol , etanol , propanol , heksanol 



{  sifat fizikal  }

#   cair pada suhu bilik 
#   tiada warna  
#   berbau sedap  
#  mudah terlarut campur dgn air 
#   larut dalam pelarut organik 


[  kegunaanya  ] 

   -   sebagai bahan api 
-   sebagai pelarut 
- membuat minuman beralkohol 
- membuat minyak wangi 
- membuat ubat


> keburukan alkohol <

+  pemikiran tidak waras 
+  mengakis permukaan dalm perut
+  gerakbalas lambat
+  merosakkan otak , hati , ginjal dan alteri darah 
+  mabuk dan hilang keupayaan mengimbang badan 



kelapa sawit dan kepentingannya ... 



lemak dan  kesannya kepada kesihatan



Lemak 
*  maksud : sebatian organik yang mengandungi unsur karbon ,
hidrogen,oksigen


persamaan 

> mengandungi unsur karbon , hidrogen , oksigen 



    *  nota ringkas sains tingkatan 5 *    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan