15.1 Apa Itu Polimer Sintetik ????
Polimer ialah sejenis bahan yang mengandungi rantaian molekul panjang dan besar. Molekul-molekul ini juga disebut sebagai monomer.
Sintetik pula bermaksud bahan yang dibuat (direka) oleh manusia dengan menggunakan sumber asli seperti petroleum.
Polimer Sintetik [Synthetic Polymer] bermaksud polimer yang dibuat oleh manusia. Ia dibuat dengan menggunakan proses pempolimeran. Getah sintetik dan plastik merupakan 2 jenis polimer sintetik yang penting di negara kita.

{ Getah Sintetik }
# dihasilkan melalui proses pempolimeran
# bahan mentah monomer berasal daripada
petroleum atau gas asli .
Sifat-Sifat Umum
* lebih keras / kuat
* lebih tahan haba
* lebih kenyal
* tidak mudah diresapi oleh gas dan air
* tidak mudah dioksidakan
* tahan terhadap cuaca buruk dan suhu tiggi
* tahan bahan kimia
* penebat haba dan elektrik yang baik
Kekurangan
~ kebolehan menyerap bunyi , getaran , kejutan , tekanan
yang lebih rendah .
Getah Terbahagi kepada 3 :
# Neoprena
sifat - tidak mudah terbakar ,tahan panas ,sanagt tahan
kepada minyak dan pelarut
kegunaaan - pembalut dawai elektrik ,sarung tangan , paip getah
bagi gas dan bahan kimia .
# Tiokol
Sifat - sangat tahan kepada minyak dan pelarut
Kegunaan - paip untuk membawa pelarut organik
# Getah Striena Butadiena ( SBR )
Sifat - mudah divulkan ,tidak tahan haba ,mempunyai banyak sifat
seperti getah asli
Kegunaan - tayar kereta ,tapak kasut , tali sawat
# Getah Butil
Sifat - tahan terhadap minyak dan asid , tahan panas ,
tidak mudah dioksidakan
Kegunaan - bekas untuk menyimpan bahan kimia , tayar kereta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan